in , ,

The Day Before: Seperti The Last of Us Dan The Division Bergabung Menjadi Satu Game

Pernah tak korang terbayangkan sebuah game yang menggunakan latar belakang dan gameplay seumpama The Last of Us, tetapi membawakan elemen open-world MMO seperti The Division?

Tidak perlu bermimpi lagi kerana game yang seumpama itu sedang dibangunkan oleh studio FNTASTIC, berjudul The Day Before.

The Day Before merupakan sebuah game open-world MMO survival yang berlatarbelakangkan pasca-pandemik yang membunuh di Amerika. Dunia ketika itu dipenuhi dengan ‘infected’ atau lebih mudah kita panggil sebagai zombi, serta manusia akan bersaing antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.

Pemain akan terjaga sebagai seorang yang tidak ingat apa-apa yang telah berlaku kepada dunia, maka mereka ini akan mencari jawapan kepada persoalan itu dan sumber-sumber untuk hidup.

The Day Before akan menyajikan gameplay online PvP (multiplayer) serta online PvE (co-op).

Buat masa ini, game ini hanya diumumkan untuk PC, dan belum ada tarikh pelancaran. Adakah ia akan dilancarkan juga ke konsol? Masih belum diketahui.

Sekiranya berminat, korang boleh letakkan dalam Wishlist di Steam sekarang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Babak Sinematik Apex Legends Disunting Seperti Pembukaan Anime

Apex Legends: Saksikan Legend Baru, Fuse Beraksi Dalam Trailer Penuh Letupan