in , ,

The Day Before Paparkan Gameplay Lawan Zombi, Looting Yang Lebih Panjang

Masih ingat The Day Before? Game yang dikatakan ramai seperti gabungan antara The Last of Us dan The Division.

Terbaharu, menerusi video eksklusif yang dimuatnaik IGN, The Day Before telah memperlihatkan gameplay baharu berdurasi lebih 13 minit.

Dalam video kali ini, FNTASTIC memaparkan permulaan dengan babak sinematik suara seorang lelaki yang keluar dari radio. Kemudian, gameplay memperlihatkan pemain mengembara menggunakan kenderaan 4WD, berhenti di beberapa kawasan, menembak zombi, looting, dan kemudian meneruskan perjalanan.

Jom layan:

The Day Before merupakan sebuah game open-world MMO survival yang berlatarbelakangkan pasca-pandemik yang membunuh di Amerika. Dunia ketika itu dipenuhi dengan ‘infected’ atau lebih mudah kita panggil sebagai zombi, serta manusia akan bersaing antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.

Pemain akan terjaga sebagai seorang yang tidak ingat apa-apa yang telah berlaku kepada dunia, maka mereka ini akan mencari jawapan kepada persoalan itu dan menerokai sumber-sumber untuk hidup.

The Day Before akan menyajikan online PvP (multiplayer) serta online PvE (co-op).

Buat masa ini, game ini hanya diumumkan untuk PC, dan belum ada tarikh pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Facebook Xbox Singapore Ditukar Kepada Xbox SEA, Guna Bahasa Melayu – Bakal Masuk Ke Pasaran Malaysia Secara Rasmi?

Sony PlayStation Sedang Bangunkan Sesuatu Untuk Lawan Xbox Game Pass, Kata Pengarah Asal God of War