Setelah bermacam kontroversi yang melanda, Fntastic akhirnya telah berkongsikan video gameplay baharu selama 10 minit.
Kita menjangkakan video ini akan meredakan segala cakap-cakap tidak baik terhadap game ini, namun nampaknya game ini seolah-olah telah menggali lubang kuburnya sendiri.
Dalam video gameplay ini, mereka telah memaparkan sebuah gameplay yang cukup membosankan. Majoriti video hanya memperlihatkan seorang karakter perempuan yang hanya berjoging dan melakukan aktiviti loot dari satu rumah ke satu rumah. Adalah juga gameplay tembak menembak ke arah zombi, tetapi hanya dalam beberapa saat.
Sangat berbeza dengan dua video gameplay sebelum ini, iaitu yang ini dan yang ini, yang kelihatan cukup menarik.
Bukan setakat videonya sahaja yang kosong tanpa sebarang ulasan dari pembangun, malah bahagian deskripsinya juga kosong tanpa sebarang promosi atau penerangan — seolah-olah sebuah video yang dimuatnaik di akaun peribadi.
Korang tontonlah sendiri video ini. Jangan tertidur sudah.
Ketika ini, The Day Before dijadualkan dilancarkan pada 10 November 2023 untuk PC (Steam).
ifnromasi yang meanri untuk di baca, kunjungi tel u