in ,

The Day Before Akan Tunjukkan Lagi Gameplay Bulan Ini, Beberapa Minggu Sebelum Dilancarkan

Walaupun The Day Before tersenarai sebagai game wishlist kedua yang paling ditunggu-tunggu di Steam, masih tidak banyak informasi yang didedahkan oleh pembangun.

Mula diumumkan pada Januari 2021, The Day Before merupakan game open world survival dengan elemen MMO. Pada bulan April tahun sama, pembangun mengeluarkan video gameplay berdurasi 10 minit.

Setelah lama menyepi, Fntastic berkata pihaknya akan dedahkan “video gameplay asli” pada bulan ini sebelum ia dilancarkan pada 1 Mac.

Fntastic membuat kenyataan menerusi Discord berkata setelah beberapa kali keputusan dan perbincangan dibuat dengan pasukannya. Pihaknya sudah mendapat persetujuan untuk berkongsi maklumat mengenai video gameplay asli itu.

Dijangka video gameplay asli itu akan memaparkan segala fungsi-fungsi dan elemen gameplay yang dimahukan oleh komuniti The Day Before.

Namun apa yang peliknya adalah tarikh pelancarannya iaitu 1 Mac. Itu sebulan lebih sebelum pelancaran, baru pembangun mahu dedahkan maklumat baharu? Adakah “video gameplay asli” ini akan berbeza sedikit dari gameplay trailer yang dikeluarkan pada tahun lepas? Sama-sama kita nantikan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Asia Adakan Peraduan Sempena Tahun Baharu Cina – Menangi Sony Bravia TV, Gift Card, Banyak Lagi

Filem Rainbow Six Dalam Pembikinan Oleh Pengarah John Wick, Chad Stahelski