in , , , ,

The Day Before Akan Dilancarkan Pada Jun 2022 Untuk PC, Turut Umum Untuk PS5, Xbox Series

Fntastic telah berkongsikan beberapa butiran baharu penting untuk game akan datang mereka, The Day Before.

Sebuah video terbaharu telah dikeluarkan, memperlihatkan gameplay baharu serta perkongsian terkini daripada pembangun. Jom saksikan:

Dalam trailer ini juga, mereka telah mengumumkan tarikh pelancarannya untuk platform PC, iaitu The Day Before akan dilancarkan di Steam pada 21 Jun 2022.

Korang dah boleh masukkannya ke dalam Wishlist di Steam.

Di samping itu, mereka juga telah mengumumkan yang game ini akan turut dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series, yang mana sebelum ini mereka hanya mempertimbangkannya. Walau bagaimanapun, belum ada tarikh pelancaran diumumkan untuk kedua-dua konsol itu.

The Day Before merupakan sebuah game open-world MMO survival yang berlatarbelakangkan pasca-pandemik yang membunuh di Amerika. Dunia ketika itu dipenuhi dengan ‘infected’ atau lebih mudah kita panggil sebagai zombi, serta manusia akan bersaing antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.

Pemain akan terjaga sebagai seorang yang tidak ingat apa-apa yang telah berlaku kepada dunia, maka mereka ini akan mencari jawapan kepada persoalan itu dan menerokai sumber-sumber untuk hidup.

The Day Before akan menyajikan online PvP (multiplayer) serta online PvE (co-op).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan Trailer Pertama Suicide Squad: Kill the Justice League, Turut Ada Superman

Trailer Baru Game Suicide Squad Yakinkan Pemain Kenapa Perlu Hapuskan Justice League

Saksikan Semua Trailer Game Yang Ditunjukkan Di DC Fandome 2021