in ,

The Day Before Akan Dikeluarkan Pada 1 Mac, Spesifikasi PC Didedahkan

Mytona dan Fntastic mendedahkan game open-world surivival MMO, The Day Before akan dikeluarkan pada 1 Mac.

Korang pasti nak tahu spesifikasi apa yang diperlukan untuk main game ni di PC.

Berikut adalah spesifikasi minimum dan dicadangkan untuk PC:

Minimum:

  • OS : 64-bit Windows 7, Windows 8.1, Windows 10
  • Processor: Intel Core i5-4430 / AMD FX-6300
  • Memori: 10 GB RAM
  • Grafik : NVIDIA GeForce GTX 960 2GB / AMD Radeon R7 370 2GB
  • DirectX: Version 11
  • Network: Sambungan internet jalur lebar
  • Storan: 75 GB ruang yang ada

Dicadangkan:

  • OS : 64-bit Windows 7, Windows 8.1, Windows 10
  • Processor: Intel Core i5-6600K / AMD Ryzen 5 1600
  • Memori: 16 GB RAM
  • Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB / AMD Radeon RX 580 4GB
  • DirectX: Version 11
  • Network: Sambungan internet jalur lebar
  • Storan: 75 GB ruang yang ada

The Day Before menggunakan Unreal Engine 5. Walaupun keperluan spesifikasinya rendah, pembangun masih belum senaraikan keperluan resolusi, tetapan grafik dan framerates untuk spesifikasi yang disasarkan.

Game ini juga akan menyokong teknologi NVIDIA DLSS 3 dan juga Ray Tracing.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Pelancaran Dead Space Remake

Bos Naughty Dog Tertarik Dan Terinspirasi Dengan Penceritaan Dalam Elden Ring