in , , , , ,

The Awesome Adventures of Captain Spirit Akan Mempunyai Klu Kepada Life is Strange 2

Spin-off yang kelihatan sungguh menarik!

Dalam sidang media Xbox di E3 2018 pada semalam, spin-off kepada siri Life is Strange, The Awesome Adventures of Captain Spirit telah diumumkan. Ia merupakan sebuah game naratif baru daripada Dontnod yang akan boleh dimainkan secara percuma.

Terbaru, dalam sidang media Square Enix di E3 2018 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi, syarikat itu telah berkongsi beberapa info lebih lanjut baru.

Pengarah-pengarah kreatif game ini telah menyatakan yang The Awesome Adventures of Captain Spirit (TAACS) adalah langkah-langkah pertama untuk memasuki ke dunia Life is Strange 2. TAACS akan mempunyai banyak rahsia dan easter egg untuk Life is Strange 2, game yang juga sedang dalam pembangunan, jadi, mereka menggalakkan pemain untuk menerokai game ini.

Game ini akan mempunyai kaitan kepada jalan cerita dan perincian daripada Life is Strange 2.

 The Awesome Adventures of Captain Spirit akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One secara percuma pada 26 Jun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Just Cause 4: Lebih Kenderaan, Lebih Letupan, Lebih Grappling Hook, Lebih Hollywood!

Fist of the North Star: Game Belasah-Pasti-Bunuh Akan Datang!