in , , ,

The Ascent Akan Dilancarkan Ke PS4, PS5, Kini Tertera Di Laman ESRB

Game shooter dengan pandangan isometrik bertemakan cyberpunk, The Ascent nampaknya bakal dilancarkan ke konsol PlayStation tidak lama lagi.

Info tentang The Ascent di laman ESRB, iaitu laman yang menyediakan rating kematangan, telah meletakkan PS4 dan PS5 sebagai antara platform yang tersedia untuk game tersebut, lapor Gematsu.

Kehadiran The Ascent sememangnya sudah dijangka kerana pada Disember lalu, game itu telahpun mendapat rating di Taiwan.

The Ascent pada asalnya dilancarkan pada 29 Julai 2021 untuk PC, Xbox Series dan Xbox One. Ia merupakan sebuah game yang penulis sendiri amat nantikan untuk dilancarkan ke konsol PlayStation kerana ia telah mendapat pujian ramai.

Kini, kita hanya menunggu masa sebelum Neon Giant dan Curve Digital mengumumkan pelancaran game ini ke PS4 dan PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan Trailer Pelancaran Star Wars Jedi: Fallen Order - Memperkenalkan Musuh Lebih Menggerunkan

Star Wars Jedi: Fallen Order 2 Dilaporkan Akan Diumumkan Sebelum Jun 2022

Pengarah Kata Jualan Days Gone Sebagus Ghost of Tsushima Tapi Pengurusan Sentiasa Anggap Satu Kekecewaan