in , , , ,

Tetrobot and Co: Selesaikan Puzzle Dengan Robot Comel!

tetrobot-and-co-001

Bila sebut sahaja game berkonsepkan puzzle, penulis selalu memilih untuk memainkan game yang simple tetapi mempunyai kesukaran menyelesaikan puzzle dengan mudah dan santai.

tetrobot-and-co-002

Tetrobot and Co dari developer Neko Entertainment merupakan game bergenrekan puzzle yang akan berada dipasaran pada 15 Mac 2016.

Game ini boleh dimainkan di console PlayStation 4, Wii U dan juga PC – dan hanya boleh dimainkan secara single player sahaja.

tetrobot-and-co-003

Mengawal sebuah robot yang kecil lagi comel iaitu Psychobot, korang akan memasuki Tetrobot dalam misi membetulkan segala kerosakan yang terdapat di dalam litar Tetrobot.

Namun begitu bukan mudah untuk membaiki kerosakan tersebut kerana korang perlu melepasi halangan yang disediakan dengan menggunakan kecerdasan minda korang.

Nak tau seronok ke tak game ni, jom kita layan dulu trailer Tetrobot and Co:

Sekiranya korang mengemari game bergenrekan puzzle, mungkin game ini akan dapat memuaskan nafsu minda korang yang sukakan cabaran di samping memainkan game ini dalam keadaan yang santai.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Miitomo: Game Mobile Pertama Dari Nintendo!

Salt And Sanctuary: Mampukah Korang Hadapi Cabaran Raksasa Ganas?