Awal tahun ini, kita telah dikejutkan dengan pelancaran Tetris 99 di Nintendo Switch, sebuah game Tetris yang membawakan elemen battle royale. Ya, game battle royale untuk Tetris, memang sukar untuk dibayangkan.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa bulan dilancarkan, ia mendapat maklumbalas positif. Dan kini, ia telah menginspirasikan sebuah game yang sama.

Tetris Royale telah diumumkan oleh The Tetris Company, sebuah lagi game batte royale Tetris yang mana kali ini akan dilancarkan ke iOS dan Android. Game ini sedang dibangunkan oleh N3twork.

Pada ketika ini, mereka masih belum memperlihatkan sebarang screenshots atau gameplay daripada game ini, namun daripada apa yang digambarkan, Tetris Royale nampaknya akan mempunyai aura yang sama seperti Tetris 99.

Tetris Royale akan membawakan pertempuran blok-blok Tetris dengan 100 pemain. Mempunyai pertandingan harian yang besar antara ribuan pemain dan juga ada mode solo Marathon. Mode kompetitif akan menampilkan leaderboard bermusim, cabaran harian untuk merebutkan ganjaran seperti opsyen pengubahsuaian, power-up dan booster.

Tarikh pelancaran juga tidak didedahkan buat masa ini. Mereka hanya mengatakan yang sesi beta akan diadakan pada tahun ini di beberapa negara terpilih.

Sumber: Polygon

JomKomen!