Tetris Effect merupakan game eksklusif PS4 yang bakal dilancarkan sepenuhnya pada 9 November ini. Menjelang pelancarannya itu, satu demo percuma dalam masa terhad telah diumumkan.
Bercakap kepada Game Informer (via Push Square), pihak Enhance Games telah mengesahkan yang demo ini nanti akan boleh dimainkan bermula dari 1 November hingga 5 November. Lebih menarik, demo ini nanti turut akan boleh dimainkan menggunakan headset PlayStation VR, sama seperti dalam game penuhnya nanti.
Kepada kaki-kaki Tetris, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Tetris Effect ini secara percuma terlebih dahulu. Sementara itu, korang boleh layan dulu video trailer untuk game ini, yang menceritakan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sindrom “Tetris Effect”:
Comments
Loading…