in , ,

Tetris Adalah Game Terbaru Yang Menyertai Demam Battle Royale – Percuma Untuk Nintendo Switch

Kalau dua tahun lalu ada insan yang mengatakan bahawa sebuah game Tetris juga akan memperkenalkan battle royale, kita semua pasti tidak akan percaya.

Tapi, itulah hakikatnya pada hari ini. Nintendo baru sahaja mengumumkan Tetris 99, sebuah game yang membawakan genre battle royale ke dalam game klasik ini — dan yang paling penting ia adalah percuma, eksklusif untuk pelanggan Nintendo Switch Online.

Tetris 99 akan menampilkan sebuah gameplay di mana 99 pemain akan bersaing antara satu sama lain secara serentak sehingga menjadi pemain terakhir yang kekal hidup. Pemain boleh menghantar bermacam serangan ke arah musuh bagi mengacau strategi mereka.

Bagi yang ada Nintendo Switch dan melanggan Nintendo Switch Online, korang dah boleh download Tetris 99 secara percuma sekarang.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas FIFA, PES Pula Buang Jualan Matawang Dalam Game Di Belgium Kerana Kontroversi Kegiatan Judi

Esports Itu Tak Wujud – Menteri Jerman Samakan Dengan Aktiviti Menjahit Dan Bermain Rekorder