in ,

Ternak Peluru Dan Senjata Untuk Digunakan Di Dalam Game FPS Shotgun Farmers!

Kitorang tertarik dengan konsep game ini – tumbuh dan semai senjata korang! Jom undi ramai-ramai di Steam Greenlight!

Pemain game FPS Shotgun Farmers akan menternak senjata dan peluru mereka sendiri di dalam game unik ini. Kesemua peluru yang tertembak dan terbenam di dalam tanah akan menghasilkan tumbuhan dengan senjata dan peluru yang sama! Lebih lama tumbuhan ini dibiarkan tumbuh, lebih banyak peluru yang ada di dalam senjata baru itu nanti.

Walaupun namanya Shotgun Farmers, terdapat kepelbagaian senjata di dalam game FPS ini seperti pelancar roket lobak merah, sniper rifle asparagus, pistol kacang hijau dan semestinya shotgun jagung.

Shotgun Farmers menjanjikan beberapa mode online sehingga 16 orang – semuanya menggabungkan aspek FPS dan pertanian. Antara mode yang akan datang adalah push hayload (payload), capture the sheep (flag), dan plant a deadly watermelon (M-Com) di dalam pangkalan musuh dan lain-lain lagi.

Shotgun Farmers akan menawarkan pelbagai senjata, skin dan macam-macam lagi selepas diterbitkan nanti sekitar Jun – September 2017. Game ini sedang hangat menerima undian di Steam Greenlight – kalau korang berminat dengan idea sebegini, undilah segera!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Video Terbaru Nier: Automata Ini Membawakan Ton Yang Lebih Beremosi

Penerbit NieR: Automata Jelaskan Mengapa Tiada Perancangan Untuk Versi Xbox One Pada Masa Ini

Nioh: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Nioh: Boleh Beli or Boleh Blah!?