in ,

Terlalu Asyik Main Mobile Legends, Isteri Tonyoh Muka Suami Dengan Gam Tikus

Kredit gambar: The Reporter.

Ini makannya!

Kredit gambar: The Reporter.

Apa hukuman yang paling ‘kejam’ korang pernah hadapi daripada ibu bapa atau pasangan korang kerana terlalu asyik bermain video game? Suis kuasa kena tutup? Kabel kuasa kena sorok? Controller kena baling?

Itu semua belum cukup ‘kejam’ berbanding apa yang dialami oleh seorang lelaki di Jiamusi, wilayah Heilongjiang, China ini. Isterinya telah melekatkan gam tikus di mukanya kerana terlalu asyik bermain Mobile Legends.

Menurut laporan Daily Mail, dikatakan isterinya sudah tidak dapat menahan sabarnya dengan lelaki tersebut yang dikhabarkan kerap mengabaikannya kerana terlalu leka bermain game bergenre MOBA yang sangat popular di seluruh dunia itu.

Melalui video yang dimuat-naik, wanita itu kelihatan datang menghampiri dan menunjukkan sekeping kertas yang disapukan dengan gam tikus sebelum ditonyohkan ke muka lelaki itu supaya dia kenal erti penyesalan.

Terkejut dengan tindakan secara tiba-tiba isterinya itu, lelaki tersebut terus berhenti bermain dan cuba menanggalkan gam tikus itu dari mukanya serta berang dengan perbuatan isterinya yang hanya ketawa melihatnya.

Terima kasih, The Reporter.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Polis Singapura Kini Melancarkan Kerjasama Bersama The Pokemon Company

3 Game Asal Tomb Raider Akan Menerima Versi Remastered Di Steam