Buat pertama kalinya Destiny 2 bagi platform PC telah mengatasi PUBG di senarai pemain terbanyak di steamchart.com (semasa artikel ini ditulis ahad, 10.43 pagi).

Pada masa itu juga CS-GO ditangga pertama di ikuti dengan DOTA 2 dan kemudian Destiny 2.

Ini berikutan model permainan Destiny 2 ini sendiri yang kini hadir dalam bentuk free-to-play New Light) yang memberikan semua permain baru mengalami sendiri pengalaman looter shooter yang dihasilkan oleh Bungie semenjak 2017 lagi.

Bukan sekadar model free-to-play itu sahaja, Destiny 2 kini turut menampilkan DLC Shadoweep yang memberikan pengalaman campaign serta kandungan musim ke-8 Season of Undying.

Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat terbaru di Steamchart dan sekiranya Destiny 2 berada di carta paling teratas, kami akan maklumkan kepada anda sepantas mungkin!

1 komen

JomKomen!