in , , , , ,

Tergamam Terbeku Kaku Melihat Dunia Frozen Dalam Kingdom Hearts 3!

Selepas tarikh pelancaran diumumkan semalam, kini kita melihat lebih mendalam dunia Frozen, Tangled dan arked Wreck It Ralph di dalam dunia Kingdom Hearts 3 (KH3)!

Simba dan Ralph kelihatan sebagai Summon terbaru! Pelbagai ‘mini-game’ mode di dalam setting arked dan juga Disneyworld meluaskan lagi keunikan gameplay di dalam KH3. Big Hero 6, Hercules dan Monster Inc. turut akan mendapat dunia tersendiri.

Jalan cerita KH3 menunjukkan Organization XIII masih berleluasa cuba menakluki dunia dunia, Sora dapat merasakan Roxas masih hidup di dalam dirinya. Kelihatan Aqua bermula terjunam ke arah kegelapan sambil memegang keyblade magik Mickey yang bertema ‘Sorceres’. Ahh, macam-macam ada lah dalam trailer KH3 ni!

Kingdom Hearts III akan berada di pasaran pada 29 Januari 2019 untuk Xbox One dan PlayStation 4.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ori and the Will of the Wisps: Sekuel Siri Ori Akan Kembali Pada 2019

Ori and the Will of the Wisps: Sekuel Siri Ori Akan Kembali Pada 2019

PUBG Di Xbox One Akan Disajikan Dengan Pelbagai Kandungan Baru, Map Salji Diumumkan