Terengganu FC telah mengumumkan kerjasama strategik bersama Esports Malaysia Terengganu (ESMT) untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak maya Terengganu FC yang rasmi.
Penubuhan pasukan ini sekaligus menjadikannya sebagai kelab bola sepak profesional Malaysia yang pertama yang mempunyai pasukan bola sepak maya.
Berbeza dengan kebanyakan pasukan esports lain yang hanya memfokuskan kepada salah satu game bola sepak sahaja, sama ada FIFA atau PES, Terengganu FC pula akan memfokuskan kepada kedua-dua game bola sepak popular itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi Terenggani FC, kerjasama strategik bersama pihak ESMT ini juga bakal membantu pengurusan TFC membentuk pengurusan operasi pasukan dan semua yang berkaitan sukan ini. Pemain yang bakal menyertai pasukan Terengganu FC bakal menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.
Perangkaan jangkamasa panjang juga dirancang untuk membawa nama Terengganu FC ke peringkat antarabangsa.
Comments
Loading…