in , , ,

Terengganu E-Sports Games 2018 – Bukti Industri Esports Pantai Timur Makin Maju!

Selesai sudah pesta esports terbesar di Pantai Timur ini! Dengar khabar, lebih 500,000 pengunjung hadir ke Kompleks Sukan Negeri Terengganu nih! Fuh!

Semalam berakhir sudah pesta esports terbesar di Pantai Timur – Terengganu E-Sports Games 2018. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pertandingan ini menumpukan perhatian kepada 2 game bolasepak terbesar iaitu FIFA 18 dan PES 18 beserta game MOBA – DotA 2 dan Mobile Legends.

Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Terengganu (Esports Malaysia Terengganu) ini diadakan sempena Ekspo Terengganu 2018 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.

Ramai jugak pakat turun ke TERENGGANU E-SPORTS GAMES nih! Semangat betul sek-sek Pantai Timur join tournament…

Posted by JomGaming on Khamis, 1 Mac 2018

Dewan Bankuet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu yang mampu memuatkan 2000 hadirin menjadi tapak acara pesta esports terbesar di rantau Pantai Timur setakat ini. Pesta ini juga menawarkan wang hadiah terkumpul sebanyak RM30,000!

Paling menarik, acara ini dijayakan sebagai projek komuniti gaming Terengganu yang terdiri daripada anak-anak watan Terengganu sendiri dari Puncak Panorama (Panorama Signatures Sdn Bhd), KuppyStation, Gamerster Dungun, Kitamen Kuala Terengganu,
PlayHard dan Kelab Rakan Muda Kuala Nerus dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Pejabat SUK Terengganu Bhg. Belia, Sukan dan Sumber Manusia.

Sebagai projek esports mega pertama di Pantai Timur, ini merupakan permulaan baik ke arah memajukan industri esports negara. Walaupun terganggu dengan beberapa isu teknikal, pasukan AJK dan krew menganggap semuanya sebagai ilmu dan pengalaman untuk mengadakan acara yang lebih besar di masa hadapan.

“Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal bagi acara Mobile Legends, ianya masih akan diteruskan secara online,” jawab Syed Afif Hakimi, selaku Naib Presiden ESM Terengganu apabila ditanya mengenai kontroversi Wi-Fi internet bagi acara Mobile Legends semalam.

“Kami telah menyediakan talian internet 100Mb/s, namun semasa acara Terengganu E-Sports Games dan ditambah pula dengan hadirin ke Ekspo Terengganu 2018 yang mendapat sambutan luar biasa sehingga melebihi 500,000 pengunjung – ternyata talian internet kami terganggu dengan gerombolan rakyat Terengganu yang hadir.”

Selepas 2 hari berperang di dalam arena maya, berikut adalah pemenang-pemenang utama bagi acara-acara yang dipertandingkan.

PES 2018
Juara: Muhammad ‘ATG|Rafiq’ Rafiq bin Junus @ Ramli (Terengganu)
Naib Juara: Mohd ‘GW|AzanWay’ Azan bin Jusuh (Terengganu)
Tempat Ke-3: Syamim ‘GW|Syamim’ bin Zainal (Terengganu)
Tempat Ke-4: Mohd ‘Antz|Haikal’ Haikal bin Mohd Noh (Johor)

FIFA 18
Juara: Aiman ‘Infinite|Aiman’ Syafiq (Terengganu)
Naib Juara: Ali ‘Taurus.FV|TI_aLii’ Azman bin Mohd Zabidi (KL)
Tempat Ke-3: Aiman ‘DHS|Aiman’ Ashraff bin Abdullah (Kelantan)
Tempat Ke-4: Amirul ‘Ryvox5215’ Ashraf bin Hassan Nordin (Terengganu)

DotA 2
Juara: TEAM LAGENDA – (C) Muhd Naufal bin Osman, Ahmad Rizqan Muzakkir bin Ahmad Nizam, Denise Danial bin Adullah, Ameer Syarafie bin Noor Jeffri, Mohd Nidzam Azhar bin Mahzan, Haaziq Azrai bin Abdul Kadir
Naib Juara: Z-Net Gaming – (C) Mohamad Azrul Azizi Bin Hassin, Chean Lyn Yang, Tai Tong, Wan Mohd Shaari bin W.Mohd, Muhammad Aqil Hadi bin Rosli, Abdul Fuad bin Abdullah
Tempat Ke-3: Team Kisa – (C) Ali Imran bin Mohd Zamli, Dhia Syamim bin Muhammad Naqiuddin Lee, Muhammad Fauzi bin Ismail, Mohamad Kamal Aizat bin Abd Razak, Mohmmad Amir Faris, Anwar Azmi
Tempat Ke-4: Team -KUANTAN- – (C) Ameerul Fiqri bin Norhalim, Muhammad Khirdzir bin Muhammad Ali, Sheik Rowen Halihandra bin Sultan, Tiong Chia Hong, Richard Tay Chia Siang, Muhammad Maziz bin Mustafa

*Artikel ini akan dikemaskini dengan senarai pemenang Mobile Legends selepas pertandingan ini diadakan secara online nanti.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Terengganu (Esports Malaysia Terengganu), Abdul Latif Ibrahim berkata, “Saya berharap, Terengganu E-Sports Games 2018 ini membakar semangat komuniti gaming Terengganu untuk terus memaju dan memeriahkan industri esports Pantai Timur, selari dengan keinginan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak supaya kita menerima esports sebagai industri ekonomi digital masakini. Lain kali, kita buat acara yang lebih besar!”

Tahniah diucapkan kepada geng-geng Pantai Timur kerana menjayakan tournament esports meriah sebegini. Lepas ni boleh buat lagi besar, ye tak?

Written by Big Boss

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Akan Bawakan Persamaan Control Antara Battle Royale Dan Save the World

Saksikan Goku Mengganas Dalam Dunia Grand Theft Auto V