in , , ,

Terengganu E-Sport Games Bawakan 4 Game Dengan Hadiah Terkumpul RM26,800!

Game-game bola sepak dan MOBA menjadi fokus!

Buat julung kalinya, Persatuan Sukan Elektronik Terengganu (Esports Malaysia Terengganu) bakal menganjurkan Terengganu E-sports Games. Penganjuran kali ini diadakan  bersempena dengan Ekspo Terengganu 2018.

Terengganu E-sports Games akan diadakan pada 2 dan 3 Mac 2018 di Dewan Bankuet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.

Empat video game akan dibawakan untuk menjadi taruhan para pemain esport tempatan – iaitu FIFA 18, PES 2018, DotA 2 dan Mobile Legends. Paling menarik, hadiah kemenangan terkumpul untuk keempat-empat video game ini adalah sebanyak RM26,800!

Segala maklumat tentang pertandingan ini, atau korang nak terus mendaftar, korang boleh terus pergi ke link ini.

Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Jom daftar sekarang!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite: 60 FPS Di Konsol, Matchmaking Berdasarkan Skill, Custom Match Antara Yang Akan Ditambah

Jualan Grand Theft Auto V Kini Telah Lepasi 90 Juta Unit