Latar belakang pertama di Timur?
Game Assassin’s Creed yang terbaru, iaitu Assassin’s Creed Odyssey belum pun dilancarkan lagi. Tetapi, teori baru tentang apakah latar belakang yang akan digunakan oleh Ubisoft untuk siri game ini selepas Odyssey telah pun muncul.
Seorang Redditor yang dikenali sebagai “DoktahManhattan” telah menemui satu papan tanda dalam Assassin’s Creed 3 yang memaparkan 3 simbol daripada tiga tamadun atau era yang berbeza. Apa yang menariknya ialah 2 simbol pertama ialah simbol Eye of Horus dari tamadun Mesir Purba dan huruf Omega dari tamadun Greek, yang bermaksud dari tamadun yang digunakan dalam game Assassin’s Creed Origins dan Assassin’s Creed Odyssey.
Simbol ketiga pula adalah kelihatan seperti torii — pagar ikonik tradisional Jepun yang seringkali ditemui di pintu masuk kuil Shinto dan juga boleh ditemui di sebahagian kuil Buddha. Korang boleh lihat 3 simbol ini di bawah:
Origins dan Odyssey merupakan game terbaru Assassin’s Creed yang dikeluarkan mengikut urutan, dan para peminat telah mula berteori bahawa game seterusnya akan menggunakan latar belakang Jepun.
Sekiranya teori ini adalah benar, ia pasti akan menggegarkan dunia gaming. Latar belakang Jepun merupakan permintaan peminat yang paling diinginkan sejak sekian lama. Ia juga akan menjadi latar belakang pertama siri game ini dari tamadun Timur, yang mana sebelum ini hanya membawakan tamadun Barat.
Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan pada 5 Oktober 2018 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.
Comments
Loading…