Tentera Israel Sedang Bangunkan Kereta Kebal Yang Guna Controller Xbox, Tablet, UI Macam Game

Israel sedang menguji sebuah prototaip kenderaan berperisai baharu yang dibangunkan untuk memudahkan generasi muda mengendalikannya.

Menurut laporan The Washington Post, selain menggunakan pelbagai teknologi moden, kereta kebal Israel ini turut menggunakan controller Xbox, tablet, malah skrin yang menampilkan user interface (UI) yang kelihatan seperti sebuah video game. Ia memaparkan UI yang kelihatan seperti game first-person shooter dengan kehadiran map, bilangan ammo dan senarai senjata yang tersedia.

Kereta kebal yang dibangunkan oleh Israel Aerospace Industries (IAI) ini dikatakan mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua tentera Israeli Defense Force (IDF) dan remaja awam bagi mencipta satu sistem yang mudah difahami generasi muda.

“Ia tidaklah seperti bermain Fortnite, tapi sesuatu yang semacam itu, dan dengan mudahnya mereka akan bawa skil mereka kepada keberkesanan operasi dalam jangka pendek,” kata komander batalion Israel, Col. Udi Tzur kepada The Washington Post tentang apa yang tentera mereka alami ketika mencuba sistem ini.

Pengurus besar IAI, Meir Shabtai pula berkata tentang betapa mudahnya askar mereka memahami sistem ini menggunakan controller Xbox: “Mereka tahu secara tepat di mana letaknya butang-butang itu, dan mereka boleh capai prestasi jauh lebih baik dengan sistem itu. Controller itu hanyalah permukaannya, yang mana idea utamanya adalah untuk mempersembahkan satu teknologi canggih dalam cara yang mereka dapat kendalikannya.”

Pengaruh video game terhadap kereta kebal ini tidak terhenti di dalam UI-nya sahaja. Kereta kebal itu turut memiliki artificial intelligence (AI) yang kebanyakannya dilatih menggunakan game StarCraft II dan Doom, kemudiannya diintegrasikan ke dalam kereta kebal dengan enjin game Unity dan platform VBS.

Melalui game-game ini, AI dilatih dengan pelbagai strategi untuk navigasi, pengesanan sasaran, pemilihan senjata dan bermacam keupayaan autonomous.

Mendengarkan teknologi seumpama ini pastinya menakutkan. Tentera Israel ini seharusnya tidak terlalu rasa mudah ketika menindas rakyat Palestin dalam keselesaan yang seolah-olah sedang bermain video game. Doa kita semua untuk rakyat Palestin.

JomKomen!