in , , ,

Tentera Amerika Akan Adakan Pertandingan Street Fighter V Di Pangkalan Tentera Dan Akan Ada Livestream Di Twitch

Gambar sekadar hiasan. Sumber.

Apa ingat askar tak main game ke?

Gambar sekadar hiasan. Sumber.

Pertandingan esports pada hari ini sememangnya sudah menjadi bualan masyarakat arus perdana. Namun, satu pertandingan ini pasti akan membuat korang terkejut.

Tentera Amerika Syarikat telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan sebuah pertandingan esports dalam game Street Fighter V. Pertandingan yang digelar Street Fighter V: Arcade Edition eSports Championship Series ini merupakan acara yang mendapat kerjasama dengan MGM Resorts International.

Siri pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli tentera Amerika Syarikat yang masih aktif di lapan garison yang akan diadakan pangkalan dan kubu tentera mereka di seluruh dunia.

Pemenang dari setiap garison akan mendapat perjalanan percuma ke PAX West di Seattle, Washington yang mana mereka akan bertarung dalam acara Grand Finals. Juara dalam perlawanan akhir itu akan dihadiahkan dengan percutian dua malam di resort Mandalay Bay MGM, kad ganjaran USD500, gear Twitch, koin pertandingan dan jersi eksklusif Army Entertainment eSports.

Apa yang lebih menarik ialah empat daripada lapan pusingan kelayakan di garison masing-masing itu bersama-sama dengan kesemua perlawanan Grand Finals nanti akan ada livestream di Twitch rasmi tentera Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, malah sesi livestream ini akan mempunyai shoutcasters fighting game profesional serta ditemani Sgt. 1st Class Christopher Jones yang dikatakan sebagai seorang gamer tegar.

Livestream ini akan bermula pada 28 Julai di Fort Bliss dan terus bersambung ke, Fort Gordon pada 11 Ogos, Joint Base Lewis-McChord pada 18 Ogos dan akhir sekali di Fort Wainwright pada 25 Ogos.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi, Tentera AS menyatakan yang pertandingan ini bertujuan untuk membangunkan pandangan askar dan kecergasan keseluruhan menggunakan teknologi masakini. Mereka menjelaskan yang mereka akan berlatih untuk pertandingan ini dengan memperbaiki koordinasi mata-tangan, fokus mental dan waktu reaksi.

Harap-harap kita akan dapat menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia pula mengadakan pertandingan esports untuk perwira-perwira kita!

Terima kasih, Event Hubs.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Adakah Mode Battle Royale Dalam Battlefield V Akan Menjadi Percuma Seperti Fortnite? Ini Jawapan EA

Fortnite Untuk Android Mungkin Akan Ekskslusif Buat Sementara Waktu Untuk Samsung Galaxy Note 9