Syarikat gaming gergasi dari China, Tencent telah mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan sebuah game mobile bertemakan eksplorasi planet dan angkasa lepas, berjudul Our Planet.
Menurut Daniel Ahmad, game sandbox itu dibangunkan oleh studio Wumai Technology menggunakan Unreal Engine 4.
Korang boleh saksikan trailer-nya di bawah, yang mana ramai menggambarkannya sebagai satu lagi game yang Tencent ‘tiru’, dan kali ini ia kelihatan seperti No Man’s Sky yang dibangunkan Hello Games.
Tiada butiran lanjut didedahkan buat masa ini. Daniel mengatakan yang setakat ini ia hanya dibangunkan untuk platform mobile, namun tidak mustahil yang ia akan turut dilancarkan ke platform PC.
Comments
Loading…