Bukan satu, tapi dua!
Tencent baru sahaja mengumumkan dua game PlayerUnknown’s Battlegrounds versi mobile. Apabila melihat kedua-dua trailer cinematic yang dikeluarkan, tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat melainkan yang satu mempunyai pertempuran di atas air, manakala yang satu lagi lebih tradisional seperti yang kita kenali dalam versi PC.
Mengapa mereka mengeluarkan dua game yang seakan-akan sama, itu masih menjadi persoalan.
Nama rasmi, tarikh pelancaran atau apa-apa maklumat lanjut tentang kedua-dua game ini masih lagi tak dapat kami laporkan memandangkan laman webnya berbahasa Cina. Pembaca JomGaming yang boleh membaca bahasa Cina mungkin boleh tolong terjemahkan 😀
Korang boleh buka laman web untuk kedua-dua game ini di sini dan di sini.
Korang boleh saksikan trailer cinematic untuk kedua-dua game ini di bawah:
JomBaca: Tencent Mengumumkan Versi Mobile PlayerUnknown’s Battlegrounds Akan Hadir Ke China
Comments
Loading…