in , , ,

Tencent Mempatenkan Controller Yang Kelihatan Menggabungkan Controller PlayStation-Xbox

Tencent telah berjaya memperoleh paten kepada satu rekaan controller, yang mana ia pada asalnya telah dihantar pada 17 November 2020.

Sekali pandang, rekaan controller ini kelihatan seperti gabungan rekaan controller keluaran PlayStation dan Xbox.

Menurut penganalisis industri, Daniel Ahmad, tiada sebarang pengumuman buat masa ini sama ada ia adalah satu produk sebenar yang akan dijual atau hanya sekadar mempatenkan sahaja rekaan ini.

Daniel menegaskan bahawa walaupun Tencent lebih sinonim dengan mobile gaming, syarikat gergasi China itu sebenarnya sudahpun melibatkan diri dalam ruang gaming konsol dan PC seperti mengedarkan Nintendo Switch di China, membangunkan lebih banyak game yang membenarkan cross-platform serta melabur dalam syarikat-syarikat pembangun konsol.

Sebelum ini, Tencent juga ada berjaya mempatenkan satu rekaan produk yang dikatakan sebagai “PC Video Game Console”. Ianya membawakan rekaan seperti Nintendo Switch tapi mempunyai butang-butang berkaitan Windows 10, menandakan yang ia mungkin akan memainkan game-game PC.

Selain itu, berbeza dengan dua paten di atas yang mungkin hanyalah paten semata-mata, Tencent sebenarnya sudah melancarkan perkidmatan cloud gaming mereka tersendiri, digelar START, di China. Ia menyediakan kotak set yang boleh disambungkan ke televisyen.

Sama ada Tencent benar-benar akan membangunkan dan memasarkan paten-paten ini, di pasaran China atau global, sama-samalah kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penggambaran The Last of Us HBO Dijadual Berjalan Hampir Setahun Bermula Julai Ini

Penggambaran Penuh Cabaran Musim Kedua The Witcher Netflix Akhirnya Tamat