in , ,

Tencent Guna Imbasan Wajah Untuk Bendung Kanak-Kanak/Remaja Main Game Lewat Malam

Pada tahun 2019, kerajaan China telah meluluskan undang-undang anti-ketagihan yang bertujuan untuk membendung kanak-kanak dan remaja daripada bermain game lebih waktu, terutamanya sehingga lewat malam.

Di China, gamer di bawah usia 18 tahun hanya dibenarkan bermain selama 90 minit pada hari-hari bekerja, serta tiga jam pada hari-hari hujung minggu dan musim cuti. Malah, mereka juga tidak dibenarkan bermain game dari 10 malam hingga 8 pagi.

Terkini, syarikat gaming gergasi dari China, Tencent telah melancarkan sebuah sistem imbasan wajah bagi mendukung kempen anti-ketagihan ini, lapor DigitalTrends.

Digelar ‘Rondaan Tengah Malam’, sistem ini akan mengimbas wajah pemain, kemudian menyemaknya dalam katalog senarai nama dan wajah pemain yang sudah didaftarkan. Sekiranya pemain tersebut sudah bermain melebihi masa yang ditetapkan, mereka tidak dibenarkan untuk bermain sehinggalah masa tambahan ditambah ke dalam akaunnya.

Ketika artikel ini ditulis, Tencent sudah melancarkan sistem imbasan wajah dalam 60 mobile game mereka, termasuklah Honor of Kings dan Game for Peace (PUBG versi pasaran China). League of Legends juga dikatakan akan menambah sistem ini tidak lama lagi.

Pemain yang enggan mengimbas wajah mereka akan secara automatiknya dianggap sebagai pemain bawah umur dan game itu akan terus ditutup. Dalam kata lain, imbasan wajah adalah wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin bermain game-game tersebut.

Menurut Tencent, pemain dewasa yang disalah anggap sebagai kanak-kanak, dan telah ditendang keluar dari game, perlu mengimbas semula wajah mereka sehinggalah sistem mengenal pasti wajahnya dengan tepat.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Assassin’s Creed Infinity Disahkan Sedang Dibangunkan, Game Live Service, Ambil Inspirasi GTA V, Fortnite

Death Stranding Director’s Cut Dilancarkan Pada September Untuk PS5, Berharga RM209, Naik Taraf RM50 Dari PS4