in , , ,

Tencent Dilaporkan Telah Membantu Pihak Polis China Untuk Menangkap 120 Pencipta Cheat PUBG

Pada tahun lepas, Tencent tidak berjaya untuk memperolehi game PlayerUnknown’s Battlegrounds dari pembangun Bluehole/PUBG Corp. Tapi pada bulan November, syarikat itu telah berjaya mendapatkan hak secara rasmi ke atas game itu di negara China.

Versi ini masih lagi belum dilancarkan di China. Walau bagaimanapun, menurut Bloomberg, Tencent dilaporkan telah membantu agen-agen pihak berkuasa untuk menumpaskan pembuatan perisian cheat.

Tencent telah bekerjasama dengan pihak polis untuk membongkar lebih kurang 30 kes yang berada dalam wilayah itu dan telah berjaya menahan seramai 120 orang. Individu yang ditahan telah dituduh sama ada mencipta atau ditangkap kerana mengiklankan perisian cheat tersebut yang membenarkan pemain untuk melakukan perbuatan yang dilarang seperti dapat melihat sesuatu walaupun berada di belakang dinding, memantau pergerakan setiap pemain dari pandangan atas atau membidik sasaran secara automatik.

Laporan itu juga dikatakan bahawa yang tertuduh telah menggunakan leaderboards game sebagai cara untuk mempromosikan aplikasi cheat tersebut. Satu iklan meminta kepada pemain untuk “mengekalkan kawalan dan pastikan setiap kills yang diperolehi hanya 15 orang sahaja setiap perlawanan” jika tidak mahu ditangkap.

Mereka yang ditangkap akan menjalani hukuman penjara.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Satu Lagi Sesi Open Beta Dragon Ball FighterZ Akan Berlangsung, Umum Bandai Namco

Kemaskini Besar Terbaru Fortnite Battle Royale Akan Dikeluarkan Hari Ini, Saksikan Trailer Memaparkan Lokasi Baru