Apex Legends semakin hari semakin mendapat perhatian di seluruh dunia, dan kini ia sedang dijenguk oleh para pemain di pasaran yang sangat sukar untuk ditembusi.

Menurut laporan South China Morning Post, syarikat gergasi dari China, Tencent sedang berbincang dengan EA untuk membawakan game battle royale terbaru, Apex Legends ke China.

Bagi korang yang tak tahu, mana-mana syarikat media barat yang ingin melancarkan produk mereka ke pasaran China, mereka perlu bekerjasama dengan syarikat tempatan. Dan korang jangan tak tahu, PUBG dan Fortnite juga bekerjasama dengan Tencent untuk melancarkan kedua-dua game ini ke pasaran yang cukup besar itu.

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!