Syarikat game gergasi, Tencent Holdings mahu membeli lebih banyak dari Ubisoft, malah mahu menjadi pemegang saham terbesar.
Satu laporan dari Reuters mendedahkan bahawa Tencent, sebuah syarikat game dan media sosial terbesar di China merancang untuk menaikkan jumlah saham dalam syarikat Ubisoft Entertainment SA sebagai pusat utama dalam pasaran game global.

Tencent meraih sebanyak 5% saham dalam Ubisoft pada tahun 2018 selepas berlaku ketegangan antara Ubisoft dan Vivendi. Menyebabkan Vivendi menjual ke semua sahamnya dan bersetuju untuk tidak membeli saham dalam syarikat tersebut selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
Kini, Tencent sedang melihat untuk melebarkan capaiannya dan dilaporkan telah berhubung dengan CEO Ubisoft, Yves Guillemot untuk meluahkan rasa minat mereka untuk meningkatkan saham Tencent dalam Ubisoft. Buat masa sekarang, tidak pasti berapa peratuskah saham yang Tencent mahu beli dari Ubisoft.

Walau bagaimanapun, laporan baru-baru ini mengatakan Ubisoft menjadi sasaran untuk pemerolehan dari syarikat game China itu. Seberapa besar pemerolehan itu? Masih misteri. Tetapi Ubisoft sekarang bernilai $5.3 billion sementara keluarga Guillemot memiliki sebanyak 15% saham dalam bisnes. Itu meletakkan saham Guillemot pada nilai sebanyak $795 juta.
Ada yang mengatakan Tencent boleh tawarkan sehingga 100 euros sesaham untuk mendapatkan saham tambahan. Satu peningkatan dari tawaran lepas iaitu sebanyak 66 euros sesaham. Tambahan pula, sumber-sumber mengesahkan Tencent mahu memperoleh saham-saham dari pemegang saham umum untuk menjadikannya sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat. Harga saham Ubisoft melonjak 15% selepas berita itu diumumkan oleh Reuters.
Reading your article helped me a lot, but I still had some doubts at the time, could I ask you for advice? Thanks.