in

Tencent Dilaporkan Ingin Lebih Agresif Mengambil-Alih Lebih Banyak Syarikat Game

Menurut Reuters, Tencent dilaporkan sedang mengubah startegi pemerolehan dan secara agresif ingin mengawal atau memiliki majoriti syarikat-syarikat video game luar negara.

Tencent, syarikat video game terbesar di dunia dari China telah melabur lebih dari 800 buah syarikat video game. Ini termasuklah 40% saham dalam Epic Games dan juga syarikat-syarikat lain seperti Activision Blizzard, Ubisoft, Krafton, PlatinumGames, FromSoftware serta Marvelous Inc.

Walau bagaimanapun, Tencent kurang melakukan pemerolehan secara penuh ke atas syarikat. Buat masa sekarang, ia memiliki 100% dari pembangun seperti Funcom, Riot Games, Sumo, Turtle Rock, Digital Extremes dan Splash Damage.

Syarikat gergasi itu kini secara agresif sedang mengubah strategi untuk memiliki majoriti atau mengawal saham syarikat di luar negara. Terutamanya di Eropah.

Perubahan strategi itu dilakukan atas sebab Tencent menjumpai kebergantungan kepada pasaran global untuk perkembangan masa hadapan syarikat. Sementara peraturan dan undang-undang terus diperketatkan di China.

Tencent juga telah lama melabur di pasaran global “sebelum peraturan baharu dikuatkuasakan” di China. Ia juga memberikan syarikat dan pihak pengurusan yang berbakat untuk memberikan mereka lebih ruang membesar dengan sendiri.

Tencent mengesahkan pada bulan Ogos bahawa syarikat itu akan kekal aktif dalam membeli syarikat video game di luar negara.

“Dari segi bisnes game, strategi kami adalah untuk fokus kepada pembangunan kemampuan kami, terutamanya di pasaran antarabangsa. Kami akan terus aktif dalam membeli studio-studio baharu di luar China.” Kata Tencent.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pra-Pendaftaran Civilization: Reign of Power Kini Dibuka Untuk Android, iOS

Remake Horizon Zero Dawn, Game Multiplayer Dilaporkan Sedang Dibangunkan