in , , ,

Temui 2 Monster Boss Yang Dibuang Dari Full Game Bloodborne Menggunakan Chalice Dungeon Codes!

Ingatkan takde dah content “baru” dalam game Bloodborne. Hebat betul komuniti Bloodborne!

ShadowedImage, seorang gamer Bloodborne yang menggunakan ciri save editor Bloodborne di PS4 telah berkongsi kod-kod Chalice Dungeon bagi mendapatkan akses ke kandungan yang dibuang daripada game penuh Bloodborne.

Dengan menggunakan kod-kod ini, gamers dapat bertemu dan berlawan dengan 2 bos! Sesuai bagi mereka yang inginkan cabaran baru dalam Bloodborne!

Kod pertama: sikgc3sm
Korang dapat berlawan dengan bentuk kedua Moon Presence! Apabila sudah memasuki dungeon tersebut, bergerak dari gravestone tersebut, pusing dan kembali ke gravestone dan tekan butang X. Tekan X sekali lagi untuk terus ke bilik bos!

Kod kedua: arkhv2vs
Korang dapat berlawan dengan Great One Beast. Korang kena berjalan ke belakang memasuki void, tunggu diserang Great One Beast, mati dan respawn!

Untuk menddunakan kod ini, korang hanya perlu pergi ke mana-mana chalice gravestone di Hunter’s Lodge di dalam The Dream, “Search for Chalice Glyph”, dan masukkan kod di atas.

Awasan: Oleh kerana ini bukanlah dungeon yang lengkap, korang boleh tersangkut di dalam map di sini dan perlu menggunakan Hunter’s Mark untuk kembali ke dalam dungeon sekiranya tersangkut.

Youtuber Nightfall Alicorn ada rakaman dari stream beliau menggunakan kod-kod tersebut!

Sumber: Game Informer

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Per­tubuhan Kesihatan Sedunia Secara Rasminya Mengklasifikasi “Ketagihan Bermain Video Game” Sebagai Penyakit Mental!

Bagaimana Nak Hentikan Iklan Game Yang Muncul Tiba-Tiba Di Menu Utama PS4?