in , , , , ,

Tempoh Eksklusif PUBG Di Xbox One Mungkin Akan Dilanjutkan, PS4 Mungkin Perlu Menunggu Lebih Lama

Playerunknown’s Battlegrounds merupakan salah satu game terbesar buat masa sekarang dan ia akan hadir ke Xbox One pada tahun ini. 

Microsoft telah berurusan dengan Bluehole untuk membawakan PUBG ke Xbox One, walaupun ia mungkin akan datang ke PlayStation 4 nanti. Sekarang, Bloomberg melaporkan bahawa Bluehole sedang mengadakan perbincangan dengan Microsoft untuk “melanjutkan perjanjian mereka untuk menerbitkan game itu secara eksklusif di Xbox.”

Informasi ini bersumberkan kepada orang yang tidak mahu identitinya diketahui. Laporan itu berkata lagi, berdasarkan dari sumber yang sama, bahawa Bluehole sedang menjadikan PUBG sebagai eksklusif kepada Xbox One di konsol untuk jangka masa yang lebih lama dari apa yang telah dirancangkan pada asalnya.

Tidak ada pemberitahuan yang spesifik berkaitan durasi lanjutan perjanjian eksklusif Microsoft dengan Bluehole untuk PUBG di Xbox One. Apabila edisi konsol diumumkan di E3, Microsoft telah berkata PUBG akan menjadi “pelancaran konsol eksklusif” untuk Xbox One. Mencadangkan yang ia juga akan hadir ke PS4 pada masa yang sama di masa depan, sama seperti Rise of the Tomb Raider.

Microsoft tidak akan memberi sebarang komen tentang laporan Bloomberg apabila didekati oleh syarikat penerbitan itu. Apa yang mereka katakan hanyalah, “buat masa sekarang, pasukan ini sedang memfokuskan untuk membawakan game yang terbaik ke Xbox One dan PC. Kami tidak ada apa yang perlu diumumkan buat masa ini.”

Bluehole juga sedang berada dalam perbincangan dengan “kesemua syarikat konsol utama” untuk membawakan PUBG kepada “audiens yang lebih meluas.” Secara spesifiknya, Bluehole bercakap kepada Sony tentang membawakan PUBG ke PS4 selepas tempoh eksklusif Xbox One tamat.

PUBG telah terjual sebanyak 13 juta salinan di PC, yang mana ia kekal tidak siap di tahap Early Access. Walaupun masih di tahap Early Access, ia telah memecahkan beberapa rekod, yang mana salah satunya ialah sebagai game yang paling ramai dimainkan pada satu-satu masa di Steam.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Butang "Share" PS4 Pro Akan Ambil Screenshots 4k Dan Rakam Video 1080p

Pilihan Bahasa Indonesia, Thai Dan Vietnam Adalah Antara Fungsi Baru Yang Dibawakan Ke Dalam Kemaskini Sistem 5.0 PS4

Demo Gran Turismo Sport Akan Diberikan Percuma Selama 4 Hari Pada Minggu Hadapan