in ,

Telko Yang Tidak Turunkan Harga Internet Selewatnya 31 Ogos Akan Diambil Tindakan Tegas Oleh Kerajaan

Sumber gambar: The Malaysian Insight.

Kerajaan akan bertindak tegas terhadap syarikat telco yang gagal menyemak semula harga perkhidmatan dan kelajuan internet mereka selewat-lewatnya pada 31 Ogos ini.

Itu tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Bernama.

Sebelum ini, beliau telah menyasarkan bahawa harga perkhidmatan internet bakal turun sekurang-kurangnya sehingga 25% menjelang penghujung 2018 ini. Antara telko yang terawal mengumumkan kemaskini harga perkhidmatan mereka ialah Telekom Malaysia (TM).

TM telahpun mengumumkan pelan-pelan terbaru mereka — antaranya Unifi Basic, naik-taraf 10 kali ganda kelajuan untuk pelanggan sedia Unifi serta naik-taraf 2 kali ganda kelajuan untuk pelanggan sedia ada Streamyx.

Jadi, bersedialah korang semua. Kemungkinan bakal ada pengumuman baru daripada beberapa telko lain tentang harga dan kelajuan internet daripada mereka dalam beberapa hari ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk 2077: Saksikan 48 Minit Gameplay Pertama Yang Dikeluarkan Secara Rasmi!

Hati-Hati Bila Install Fortnite Android – Fail Installer Pertama Dari Epic Games Boleh Buat Korang Install Malware!