Sejak di-announce pada 2010, Tekken X Street Fighter (TxSF) masih lagi menjadi tanda tanya! Harada-san, mana dia game yang dijanjikan itu?
Crossover antara francais fighting game Bandai Namco dan Capcom dalam bentuk game 3D ini masih belum ada khabar berita. Akhirnya kita dikejutkan dengan berita Tekken 7 dan Street Fighter 5 – walaupun TxSF sebenarnya di-announce untuk last gen console!
Designer Tekken Michael Murray berkata; “TxSF masih dalam pembikinan. Sukar untuk kami lancarkan TxSF dengan pengumuman Tekken 7. Buat masa sekarang, kitorang menumpukan perhatian kepada Tekken 7.”
Game Director Tekken Katsuhiro Harada pula berkata; “Kesemua character, polygon model, moveset dan in-game fighting system telah lama disiapkan! Cuma menanti masa sesuai untuk di-release!”
Walaubagaimanapun, kita mungkin dapat agak macamana rupanya TxSF nih nanti dengan pengumuman Akuma yang menyertai roster fighters dalam Tekken 7: Fated Retribution tempoh hari!
Lagi membara keinginan kami terhadap TxSF selepas melihat video ini! Sememangnya mimpi basah bagi peminat-kipas-susah-mati fighting games lah! Sementara itu, kita hanya boleh berharap dan terus berharap ajelah.
Comments
Loading…