Peminat-peminat TMNT pasti berasa lega malahan gembira kerana game terkini untuk siri kartun ini adalah hasil tangan dari Platinum Games!
Nampaknya Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutants in Manhattan bakal dikeluarkan di platform PlayStation 4, Xbox One, PlayStation 3, Xbox 360, dan PC. Ini merupakan game yang ketiga telah dibangunkan oleh Platinum Games untuk Activision. Masih tiada tarikh bila ia akan berada dipasaran.
Ini adalah sangat tidak mengejutkan kerana The Legend of Korra dan Transformers: Devastation mendapat pujian dan sambutan yang menggalakkan. Dalam review BBoBB Transformers: Devastation, game ini mendapat pujian dari penulis kami dengan gameplay dan mekanik pertarungan yang menarik.
JomBaca: BBoBB Transformers: Devastation Terbaik!
Comments
Loading…