in , , , ,

Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan Sudah Ada Release Date!

teenage-mutant-ninja-turtle-001

OMG! OMG! Game Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan dah ada release date beb! Bila tu? Relaks la, nak bagitau korang la ni.

Developer Platinum Games telah pun mengumumkan release date untuk Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan pada 24 Mei 2016.

Game yang boleh dimainkan secara co-op seramai 4 orang ini akan berada di console PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, X-box 360 dan juga PC.

Pengumuman tarikh release ini disertakan dengan trailer terbaru mereka yang memaparkan kesemua boss battle yang korang akan hadapi antaranya Bebop, Rocksteady, Krang, Karai, dan juga Shredder.

Wow dengar macam menarik, jom kita usha trailer terbaru dari Platinum Games ini:

Fulamak, eksaited tengok trailer Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan ini, relaks guys, bawa bersabar. Korang ada masa 2 bulan lagi nak kumpul duit kalau korang nak main game ini.

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Suka Duka Beta: Automobilista: Simulator Racing Realistik Mampu Milik!

Sword Art Online: The Beginning: NerveGear Yang Betul-Betul, Bukan Cobaan!