in , , , ,

Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan – Fulamak Dah Ada Trailer!

tmnt-mutans-in-mahattan-001

Korang sedia maklumkan yang movie Teenage Mutant Ninja Turtle akan berada di pawagam pada tahun ini. Bayangkan korang dapat memainkan game Ninja Turtle ini di console kesayangan korang!

Tidak diketahui samada sengaja atau tidak, namun begitu game Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan dari developer PlatinumGames sudah pun mempunyai trailer mereka! OMG!

tmnt-mutans-in-mahattan-002

Walaupunpun begitu, masih tiada tarikh rasmi bila game ini akan dikeluarkan, hanya dikhabarkan akan berada pada bulan 5 nanti.

Game berkonsepkan third person view, team-based brawler ini boleh dimainkan secara single-player ataupun co-op. Bertempat di New York korang akan melawan makhluk asing, mutant dan juga Foot Clan.

tmnt-mutans-in-mahattan-003

Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan boleh dimainkan di console PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox-360, Xbox-One dan juga PC.

Apalagi guys, jom kita layan trailer Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan.

Fuh! Nampak menarik, pasti ramai dah tak sabar menunggu game ni keluar kan. Hmm terpaksa la penulis masukkan TMNT: Mutants In Manhattan dalam senarai game perlu dibeli nanti.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Homefront: The Revolution: Bersatu Menentang Kerajaan Kuku Besi!

Star Wars Battlefront: Content Terbaru Percuma Akan Dikeluarkan Esok