in , ,

Teaser Trailer Hitman 2 Bawa Misi Pembunuhan Korang Ke Hutan Colombia Pula!

“Hutan adalah tempat paling sempurna untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.” – Agent 47, agaknya.

Kalau korang gamer yang sukakan perancangan pembunuhan, operasi stealth bagi melaksanakan misi pembunuhan, dan juga mati-mati ingin mencuba pelbagai taktik pembunuhan (banyak benor ‘pembunuhan’) – siri Hitman adalah game untuk korang.

Hitman 2, edisi kedua selepas francais ini di-reboot pada tahun 2016 takkan lagi diterbitkan secara berepisod. Sebaliknya kesemua lokasi misinya akan dilancarkan serentak sebagai game penuh dan akan dimeriahkan dengan acara-acara events dan aktiviti-aktiviti lain.

JomBaca: Hitman: The Complete First Season: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Trailer di atas menampilkan persekitaran hutan Colombia yang pastinya menjadi tempat sesuai untuk melakukan serangan dan pembunuhan secara gerila. Bagi korang yang seperti penulis yang sentiasa gatal tangan mencuba cara-cara pembunuhan unik dan kelakar – persekitaran hutan ini pastinya tidak ‘semeriah’ lokasi-lokasi pembunuhan lain seperti di dalam Hitman sebelum ini.

Bagaimanapun, jangan risau, ada banyak lokasi lain akan diumumkan kelak, seperti Miami yang diumumkan semasa E3 hari tu.

Hitman 2 akan hadir ke PC (Steam) pada 13 November dan dianggarkan berharga USD60 / ~RM247.61. Bagi korang yang memiliki game Hitman 2016, kesemua lokasi dan misi di dalam game tersebut akan boleh dimiliki nanti secara PERCUMA!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Perkenalkan Gajet Baru – Grappler Macam Dalam Game Just Cause!

SCUM: Game Open-World Survival Campur Battle Royale Paling Real – Kini Popular Di Steam!