in , ,

Teaser Silent Hills P.T. Kini Boleh Dimainkan Di PC, Terima Kasih Kepada Remake Oleh Peminat

P.T. merupakan sebuah teaser atau demo kepada Silent Hill. Siri reboot Silent Hill itu malangnya telah dibatalkan pada tahun 2015. Walaupun pendek, ia masih antara game seram terbaik yang pernah kami mainkan.

Walaupun telah dibatalkan, namun, terima kasih kepada beberapa orang peminat yang menghasilkan teaser remake ini yang mana korang boleh cuba di PC.

Remake pertama dipanggil sebagai Corridors, dan ia merupakan penghasilan semula game tersebut dengan menggunakan Unreal Engine 4. Ia masih berada di peringkat penghasilan (jadi akan ada bugs). Penciptanya, SmoggyChips merancang untuk mengemaskininya dengan lebih banyak levels untuk masa akan datang.

Korang boleh muat turunnya di sini dan korang boleh tonton video tentang bagaimana ia dihasilkan semula di bawah ini:

Remake kedua hadir dari seorang Redditor LinusPixel, yang mana telah mengeluarkan fail animasi, peta dan tekstur daripada versi asal dan cuba untuk menggabungkan kesemuanya dalam enjin baru. Sesetengah fail agak susah untuk berfungsi, tapi korang boleh bermain versi prototaip di sini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Keyboard PUBG Dari Varmilo Ini Dicipta Untuk Pemain Battle Royale

Saksikan Kesinambungan Assassin Brotherhood Dalam DLC Assassin’s Creed Origins: The Hidden Ones