in , , , ,

Team Virtus.Pro Dari Russia Menangi DotA 2 Major Yang Pertama Di Malaysia!

Bertabahlah MidOne, xNova, AhJit, MoonMeander – serta pemain Malaysia lain yang kecundang menuju kejuaraan Kuala Lumpur Major! Kitorang still sayang korang.

Selepas 5 pusingan, akhirnya Virtus.Pro berjaya memenangi DotA 2 Kuala Lumpur Major 2018 dengan mengalahkan pasukan favourite, Team Secret dengan kiraan 3-2. Kemenangan ini membolehkan diorang membawa pulang USD350,000 dan 4,950 mata bagi kelayakan mereka ke TI9 nanti.

Kuala Lumpur Major 2018 ini merupakan tournament DotA 2 major pertama bagi DotA 2 Pro Circuit musim 2018/19. Sepanjang pertandingan ini dapat dilihat tahap persaingan dan aksi kompetitif dari setiap pasukan yang layak – sehingga dua pasukan mara ke Grand Finals; Team Secret dan Virtus.Pro.

Walaupun memenangi kejohanan ini, perjalanan VP menentang Team Secret bukanlah mudah. Kemenangan pusingan pertama bagi VP dibalas dengan gandingan hebat antara Yazied ‘YapzOr’ Jaradat (Weaver) dan Yeik Nai Zheng ‘MidOne’ (Broodmother) yang membawa kemenangan buat Team Secret di pusingan kedua.

Pusingan ketiga, MidOne terus beraksi cemerlang sebagai Zeus dan membawa Team Secret mendahului VP. Bagaimanapun, pada pusingan keempat, VP bangkit bagi menyerikan kedudukan, memaksa perlawanan ke pusingan kelima yang mencemaskan dimana Roman “RAMZES666” Kushnarev (Terrorblade) menghantui permainan Team Secret sehingga VP akhirnya muncul sebagai pemenang.

Tahniah kitorang ucapkan kepada team Virtus.Pro.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Perbaharui Hak Tajaan Dan Perlesenan Premier League Bagi Francais Video Game FIFA!

Dead or Alive 6 Perkenalkan NiCO – Gadis Anime Genius Dengan Gerakan Pencak Silat Halilintar!