Pelbagai fungsi baru ditambah dan diperbaiki bagi Pokemon Go. Serangan Team Rocket juga menyemarakkan lagi semangat pemain.

Jom kita tengok apa yang baru dalam kemaskini 0.147.1 untuk Pokemon Go di Android dan iOS.

1. Fungsi Appraisal

Tak payah dah nak guna Poke Genie atau Calculator IV parti ketiga yang lain selepas ini. Konsep appraisal terbaru amat laju dan senang untuk digunakan. Malah akan menunjukkan jika Pokemon korang adalah IV 100% dengan cop merah!

2. Sistem PvP Yang Lebih Dinamik

Daripada spam butang menggunakan 2 jari yang sama dan bosan apabila berlawan, kini butang untuk ‘charge attack’ akan mendapat animasi dan pemain harus ‘swipe’ mengikut moveset Pokemon tersebut. Lebih banyak yang kena, lebih efektif pukulan tersebut.

3. Team Rocket menyerang PokeStop!

Invasions, gameplay terbaru yang melibatkan Shadow Pokémon dan Team Rocket. Invasions memaparkan NPC Team Rocket yang menjajah PokéStops dan pemain harus berlawan untuk mengalahkan mereka.

4. Shadow Pokemon vs Purified Pokemon

Shadow Pokémon akan mempunyai stat moveset unik tersendiri tetapi menggunakan candy serta stardust yang lebih berganda banyak dari pokemon biasa.  Mereka turut kelihatan lebih ‘jahat’ dan ganas dengan aura ungu seperti bayangan kelilingi Pokemon tersebut.

Credit: https://www.futuregamereleases.com/file/2019/07/pokemon-go-new-shadow-pokemon-preview.jpg
Shadow Pokémon mempunyai ratio 1: 8012 peluang untuk menjadi shiny. Credit:futuregamereleases.com

Shadow Pokemon boleh di-‘purify’ dengan melakukan quest dan akan menjadi Purified Pokemon di mana ia akan kembali menjadi Pokemon biasa. Tiga moveset terbaru ditambahkan iaitu Frustration, Return dan Synchronise.

5. Pokémon Shadow yang boleh Dijumpai

Sumber: PokemonGoHub.net

6. Penambahan lain-lain

  •  2 Badge terbaru: Badge yang menunjukkan berapa ekor Pokémon Purified dan Team Rocket Grunts yang dikalahkan.
  • 2 Quest Terbaru: Melawan Team Rocket dan Quest Purify Pokémon.
  • Item baru: Route Maker
  • Penambahan kata-kunci untuk pencarian pokemon yang lebih efektif dan tepat

JomKomen!