Team Ninja telah mengumumkan game terbarunya iaitu Rise of the Ronin yang akan dikeluarkan pada tahun 2024 untuk platform eksklusif PS5.
Trailer memaparkan game open world yang berlatar belakangkan semasa Jepun mengalami era permodenan selepas kedatangan Commodore Perry. Karakter utama adalah Ronin yang tidak bernama menjelajah Jepun dengan lompat dari bangunan ke bangunan dan menggunakan glider.
Latar masa Rise of the Ronin bermula semasa perang saudara antara pihak shogun dan pihak anti-shogun pada lewat abad ke-19.

Pemain boleh menggunakan kedua-dua katana dan senjata baharu seperti senjata api yang sudah mula masuk ke negara Jepun pada waktu itu. Pembangun juga memanggil zaman ini sebagai “waktu yang paling gelap dan hodoh” dalam sejarah Jepun.
Koei Tecmo juga menjanjikan “jalan cerita multiplayer” yang akan memaparkan era Bakumatsu dan setiap karakter akan bertemu dengan “keadilan dan motivasi” tersendiri.
Comments
Loading…