Hasrat kita untuk menyaksikan Nathan Drake di layar lebar pada Julai tahun ini nampaknya tidak kesampaian.
Filem Uncharted terbitan Sony Pictures telah ditunda sekali lagi, lapor Deadline. Kini, filem adaptasi dari video game yang dibangunkan Naughty Dog itu mempunyai tarikh tayangan baharu iaitu pada 11 Februari 2022.
Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.
Filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.
Comments
Loading…