Masa untuk rasai battle royale dalam siri shooter popular ini.
Treyarch dan Activision baru sahaja mengumumkan tarikh sesi beta untuk mode battle royale, yang digelar Blackout, dalam Call of Duty: Black Ops 4. Ia akan bermula pada 10 September ini, terlebih dahulu di platform PS4.
Sesi beta ini akan turut diadakan untuk pemain PC dan Xbox One, namun mereka masih belum mengumumkan bilakah ia akan djalankan. Mereka juga tidak mendedahkan berapa lamakah tempoh sesi beta ini akan diadakan.
Dalam video trailer acah yang mengumumkan tarikh sesi beta ini, yang korang boleh tonton di bawah, ia mengumumkan 3 jenis matchmaking yang biasa ada dalam mana-mana game battle royale, iaitu Solos, Duos dan Quads.
Prepare accordingly.#Blackout pic.twitter.com/X70KVQ75gU
— Call of Duty (@CallofDuty) August 14, 2018
Call of Duty: Black Ops 4 akan dilancarkan sepenuhnya untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 12 Oktober ini.
[KEMASKINI]:
Tarikh bermulanya beta mode Blackout untuk para pemain PC telahpun diumumkan. Korang yang telah melakukan pra-tempah untuk game ini akan boleh mainkannya pada 14 September ini.
Untuk korang yang memiliki akaun Battle.net, korang boleh mainkan sesi beta ini bermula 15 September, tidak mengira sama ada korang ada buat pra-tempah ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, Activision masih tidak mengumumkan bilakah sesi beta bagi mode ini akan bermula di Xbox One, serta tarikh tamat beta untuk semua platform juga masih tidak kita ketahui.
Comments
Loading…