in , , ,

Tarikh Pelancaran The Witcher: Monster Slayer Diumumkan, Bakal Tiba Ke iOS, Android Bulan Ini

Setelah mengadakan sesi percubaan untuk iOS di tiga buah negara Asia Tenggara termasuk Malaysia pada tahun lalu, CD Projekt Red nampaknya sudah bersedia untuk pelancaran penuh game seumpama Pokemon Go versi dunia Witcher ini.

The Witcher: Monster Slayer akan dilancarkan sepenuhnya pada 21 Julai 2021 untuk pasaran seluruh dunia di iOS dan Android.

Untuk pengguna Android, korang sudah boleh mula pra-daftar sekarang untuk mendapatkan notifikasi sebaik sahaja game tersebut dilancarkan. Bukan itu sahaja, sesiapa yang melakukan pra-pendaftaran akan menerima Kaer Morhen Steel Sword di mana ia akan memberi 10% lebih Experience Points untuk setiap raksasa yang pemain hapuskan.

The Witcher: Monster Slayer diumumkan secara rasmi pada Ogos lalu. Ia merupakan game mobile bergenre augmented-reality (AR). Senang cerita, game ini akan mengangkat pemain sebagai seorang Witcher ke merata lokasi untuk menangkap dan menghapuskan raksasa seumpama Pokemon Go.

The Witcher: Monster Slayer akan turut menyajikan naratif penceritaan dalam dunia siri Witcher, namun ia akan menggunakan latar belakang jauh lebih ke belakang sebelum kemunculan Geralt of Rivia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus Julai 2021 – A Plague Tale: Innocence, Call of Duty: Black Ops 4, WWE 2K Battlegrounds

Gambar Set Penggambaran Pertama The Last of Us HBO Mengingatkan Babak Penuh Tragis Joel, Tommy, Sarah