in , , ,

Tarikh Pelancaran Sifu Diawalkan 2 Minggu, Saksikan 2 Video Gameplay Baharu

Sloclap telah mengeluarkan tiga video baharu yang berkongsikan butiran dan kemaskini penting untuk game pertempuran jarak dekat mereka akan datang, Sifu.

Video pertama adalah pengumuman tentang tarikh pelancaran baharu, Jangan bimbang, ia tidak ditunda, sebaliknya tarikh baharu yang diawalkan dua minggu.

Sifu tidak lagi akan dilancarkan pada 22 Februari, sebaliknya akan dilancarkan pada 8 Februari 2022.

Video kedua pula adalah satu video penerangan yang menjelaskan bagaimana sistem penuaan yang terdapat dalam Sifu. Secara kasarnya, setiap kali pemain mati dalam pertempuran, karakter pemain akan dihidupkan semula dengan umur bertambah, abiliti yang dipertingkat dan menerima beberapa tips berguna. Jom dengarkan:

Video ketiga juga merupakan video penerangan daripada pembangun, yang mana video ini menggambarkan secara keseluruhan bagaimana gameplay pertempuran disajikan dalam game ini, memperlihatkan beberapa butang kombo serta bagaimana bermacam senjata yang boleh dikutip di persekitaran sekeliling digunakan untuk melawan musuh . Jom saksikan:

Jalan cerita yang akan dibawakan adalah sebuah geng yang kejam telah membunuh semua ahli keluarga protagonisnya, dan sebagai seorang pemuda yang mempelajari seni beladiri Kung Fu, dia sedang dalam misi untuk mencari dalang dan membalas dendam.

Lima orang pembunuh upahan adalah individu yang dicari. Setiap pembunuh upahan ini merupakan lima bos utama dalam game ini kelak, yang setiap seorang daripadanya mewakili lima elemen dalam Kung Fu iaitu kayu, api, air, besi, dan bumi.

Untuk bertemu dan bertarung dengan kelima-lima bos ini, pemain perlu berhadapan dengan konco-konco bawahannya terlebih dulu, dalam masa sama dijadikan sebagai latihan untuk memperbaiki pertempuran.

Sekali lagi, Sifu akan dilancarkan untuk PS5, PS4, dan PC (Epic Games Store) pada 8 Februari 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2042: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Netflix Dan Riot Games Umumkan Musim 2 Arcane Kini Dalam Pembikinan