Semalam, Konami telahpun mendedahkan bahawa untuk tahun ini, PES 2021 hanyalah sebuah game baharu (standalone) yang membawakan ‘kemaskini musim’, dan bukan sebuah game penuh baharu kerana pasukan mereka kini sedang fokus untuk membangunkan PES 2022 untuk konsol generasi akan datang menggunakan Unreal Engine.
Terkini, Konami telah berkongsikan butiran lanjut tentang game bola sepak yang akan mereka lancarkan pada hari ini, iaitu secara rasminya digelar eFootball PES 2021 Season Update.
eFootball PES 2021 Season Update akan dilancarkan pada 15 September 2020 untuk PC (Steam), PS4 dan Xbox One.
Melalui laman game ini di Steam, harganya telah didedahkan iaitu RM116. Untuk laman di PlayStation Store dan Microsoft Store, ianya masih lagi belum didedahkan.
Walaupun hanya kemaskini musim, Konami turut memasarkan game ini dengan beberapa edisi serta penawaran ganjaran berbeza. Ada tiga jenis edisi iaitu Standard Edition (Fizikal), Standard Edition (Digital) dan Club Edition. Club Edition pula terbahagi kepada lima lagi edisi berlainan — edisi Barcelona, Bayern Munich, Juventus, Manchester United dan Arsenal.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi eFootball PES 2021.
Korang boleh tonton trailer pertamanya di bawah:
Sepert yang kami katakan sebelum ini, PES 2021 kelak hanyalah sebuah kemaskini untuk musim bola sepak 2021/2022 yang akan menampilkan jersi dan skuad yang baharu. Walau bagaimanapun, gameplaynya nanti kemungkinan besar adalah sama sahaja dengan PES 2020. Oleh sebab itu harganya lebih murah.
Apa yang lebih menarik tentang pengumuman Konami semalam, mereka terus telah mendedahkan beberapa perancangan mereka untuk PES 2022 bagi konsol generasi akan datang. Melalui video acah yang diperlihatkan, mereka telah mendedahkan yang PES 2022 akan dibangunkan dengan menggunakan Unreal Engine, sekaligus mengesahkan yang mereka akan meninggalkan Fox Engine — enjin game milik Konami sendiri yang digunakan untuk membangunkan beberapa siri PES sebelum ini dan juga siri Metal Gear.
Dalam kata lain, komuniti PES pada musim seterusnya ini akan berehat sedikit kerana tiada game penuh baharu yang akan dikeluarkan pada tahun ini.
Comments
Loading…