in , ,

Tarikh Pelancaran Monster Hunter World Untuk PC Diumumkan, Ini Keperluan Spesifikasinya

Setelah menanti lama, akhirnya gamers di PC boleh menikmati game action RPG yang sangat mantap ini.

Capcom telah mengumumkan yang Monster Hunter World akan dilancarkan di Steam pada 9 Ogos ini. Terdapat dua edisi yang korang boleh dapatkan di Steam sekarang, iaitu edisi biasa (RM139) dan Deluxe Edition (RM163.56).

Kalau-kalau korang tertanya sama ada PC/laptop korang mampu ataupun tidak untuk bermain game ini, Capcom telahpun mendedahkan keperluan spesifikasinya. Korang boleh semak di bawah:

Keperluan Minumum:

OS: WINDOWS® 7, 8, 8.1, 10 (64-bit diperlukan)
Processor: Intel® Core™ i5-4460, 3.20GHz atau AMD FX™-6300
Memori: 8 GB RAM
Graphics: NVIDIA® GeForce® GTX 760 atau AMD Radeon™ R7 260x (VRAM 2GB)
DirectX: Version 11
Network: Broadband Internet connection
Storage: 20 GB ruang kosong
Sound Card: DirectSound (DirectX® 9.0c)
Nota tambahan: 1080p/30fps apabila Settings grafik diletakkan pada “Low”

Keperluan Yang Direkomen:

OS: WINDOWS® 7, 8, 8.1, 10 (64-bit diperlukan)
Processor: Intel® Core™ i7 3770 3.4GHz atau Intel® Core™ i3 8350 4GHz or AMD Ryzen™ 5 1500X
Memori: 8 GB RAM
Graphics: NVIDIA® GeForce® GTX 1060 (VRAM 3GB) atauAMD Radeon™ RX 570X (VRAM 4GB)
DirectX: Version 11
Network: Broadband Internet connection
Storage: 20 GB ruang kosong
Sound Card: DirectSound (DirectX® 9.0c atau lebih baik)
Nota tambahan: 1080p/30fps apabila Settigs grafik diletakkan pada “High”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tencent Bakal Bawakan Pesaing Steam, WeGame Ke Pasaran Seluruh Dunia

Cristiano Ronaldo Berpindah Ke Juventus – Apa Bakal Terjadi Kepada Muka Hadapan FIFA 19?