Menu
in , , ,

Tarikh Pelancaran Marvel’s Spider-Man Akan Diumumkan Esok, Saksikan Gameplay Terbaru Ini

Bila agaknya sang labah-labah ini akan mula mengayun ke PS4?

Marvel’s Spider-Man adalah antara game eksklusif PS4 yang bakal menggegarkan gamers pada tahun ini. Namun, selain hanya mengatakan yang ia akan dikeluarkan pada tahun 2018, sehingga hari ini kita masih belum mengetahui bilakah tarikh tepat ia akan dilancarkan.

Tetapi, jangan lagi risau kerana pada hari esok semua teka-teki ini akan terjawab. Game Informer telah mendedahkan bahawa game yang bakal ditampilkan dalam majalah mereka untuk isu Mei adalah Marvel’s Spider-Man, dan bersama-sama dengan artikel tersebut, ia bakal mengumumkan tarikh pelancaran game ini.

Game Informer turut mengeluarkan sebuah video acah yang memaparkan sedikit temubual bersama para pembangun dari Insomniac Games serta gameplay terbaru yang belum pernah diperlihatkan sebelum ini. Korang boleh saksikannya di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version