in , , , ,

Tarikh Pelancaran Insurgency: Sandstorm Untuk PS4 Dan Xbox One Diumumkan, Saksikan Trailer Terbaru

Insurgency: Sandstorm merupakan sebuah game shooter berlatarbelakangkan dunia moden yang amat menitikberatkan unsur realistik. Dari segi pengendalian senjata api, pergerakan askar, sehinggalah kepada kesan bunyi, ia boleh dikatakan sebagai game shooter paling realistik yang ada di pasaran pada ketika ini.

Game yang dibangunkan New World Interactive ini telahpun dikeluarkan pada Disember 2018 untuk platform PC, dan tarikh pelancaran untuk platform konsol akhirnya telah diumumkan. Insurgency: Sandstorm akan dilancarkan ke PS4 dan Xbox One pada 25 Ogos 2020.

Terdapat dua mode utama dalam game ini iaitu yang pertama, mode kompetitif online yang akan bertempur menentang pemain lain. Keduanya, mode co-op yang mengumpulkan rakan-rakan menentang AI untuk melengkapkan beberapa objektif.

Jom layan trailer terbaharu ini di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Destiny 2: Trials of Osiris Kembali! Mampukah Korang Mara Ke Kemenangan Tanpa Kalah?

Destiny 2: Trials of Osiris Kembali! Mampukah Korang Mara Ke Kemenangan Tanpa Kalah?

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mac 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mac 2020